Wednesday 16 November 2011

The Precious Life : Part I

This is the story of my lovely sister ie pemilik nama Nurul Azwa binti Mungin. It's been almost 11 months since dia terlantar lemah akibat Hypoxic-Ischemic Encephalopathy (HIE) - pronouncenye hye-POK-sik is-KEM-ik en-sef-a-lo-path-ee. Ringkasnye HIE ie damage to cells in the central nervous system (the brain and spinal cord) from inadequate oxygen. 


This is her, with her bright smile...
On 05 Disember 2010 Azwa diserang athma. Malam tu dia dah demam selsema, tapi tak kene athma lagi.. Pagi tu, dalam kitorang nak bersiap2 pegi keje, nampak dia duduk taip SMS kat hujung katil... Masa tu dah kene athma attack... Dalam pukul 8.15 am, dapat call dari ayah, kata Azwa pengsan kat klinik.... Masa tu ingatkan tak serius... Lepas tu dapat call sekali lagi dari ayah,dengan suara yang takkan sy lupa sampai bila2... Suara cemas dan esakan "Ayah, takut... Datang cepat ke HTAR...''


Unit Kecemasan HTAR


Sampai je kat Unit Kecemasan HTAR, Azwa sedang dirawat di sebalik tirai tu.. Lame juga tggu  hampir 5 jam (sy sampai kat HTAR jam 10.00am due to heavy traffic - pukul 2 baru diorang release azwa). Penerangan awal, HO kata kemungkinan ada brain injury tapi tak tau lagi seserius mana injury tu, disebabkan Azwa stop breathing & cardiac arrest dalam 5 saat - 30 saat. Lemah rasa kaki, menggigil tangan dan kaki sambil berdoa supaya Azwa selamat..


Dari Unit Kecemasan, Azwa dibawa ke untuk buat CT Scanning untuk tengok keadaan otaknya. Jika OK, Azwa akan diadmit ke wad biasa tapi jika tidak, Azwa akan dimasukkan ke ICU.. Tunggu lagi kat luar pintu... Nampak Azwa ditolak keluar dari bilik scanning tu, sedihnye tengok keadaan Azwa pada waktu tu, berjubah patient dengan alat bantuan pernafasan yang disambung ke oxygen tank...Azwa ditolak ke ICU di tingkat 5 HTAR... Tapi family members hanya dibenarkan masuk at 5.00 pm. Masa tu 1 jam rasa macam sehari...


 Wad 5C - ICU

Pukul 5.00 pm baru dibenarkan masuk. Sayunyer hati tengok Azwa di katil No. 1, dengan dibantu alat pernafasan dengan tiub untuk oksigen dimasukkan terus ke paru-paru melalui mulut dan wayar2..  MasyaAllah... Azwa bangun lah dikk... Doktor beritahu Azwa diberi ubat tidur (dikomakan) sebab nak rehatkan otak daripada sebarang aktiviti. Ini adalah rawatan standard bagi kes-kes kemalangan yang berkaitan kecedaraan otak. Bila Azwa akan sedar adalah bergantung kepada dirinya sendiri. Suhu badan Azwa  Bertalu2 soalan dari doktor yang incharge... Soalan diorang nak tau apa sebenar yang berlaku, berapa lama sebenarnya Azwa berhenti bernafas.... Ayah je yang boleh m'jawab sebab ayah je yang berada di klinik pada waktu tu. Tapi ayah macam blur2 jer, sebab mase rawatan doktor kat klinik mintak ayah keluar dari bilik rawatan. 2 jam sajer dibenarkan untuk melawat Azwa, boleh datang tengok jam 12.00 tgh esoknye... 


Rutin kami sekeluarga lepas tu adalah kami bergilir2 untuk tunggu Azwa di bilik menunggu yang di khaskan untuk keluarga patient ICU. Boleh bermalam di bilik yang sejuk tu, sebab kami tak dibenarkan menjaga Azwa di ICU. Tiap kali  staff nurse (staff nurse kat wad ICU memang terbaik, sentiasa senyum dan sedia menghulur bantuan) akan masuk untuk di briefing oleh doktor incharge.. On 10 Dec 2010, lebih kurang jam 8.30am sekali lagi Azwa dibawa untuk CT Scanning then sy dipanggil oleh Dr. Lee untuk brief keadaan Azwa pukul 11.50am.. Dr. Lee tunjukkan hasil brain-scan film Azwa... Ade pembengkakan pada bahagian otak Azwa akibat kekurangan oksigen & pembengkakan tu tak surut dari hari pertama (05 Dis), bahkan perbandingan brain-scan film dated 05/12 dgn 10/12 (setelah sy desak doktor tu tunjukkan keadaan otak Azwa yg semakin membengkak since day one melalui perbandingan film yalah cakap fact mesti disertakan dengan proofkan, dia kata x reti nak terangkan keadaan brain Azwa due to his poor BM sampai grey pon nak translate - org tau la grey tu kelabu) menunjukkan pembengkakkan semakin membesar. Ayat yang paling tak leh lupa dari Dr. Lee adalah "I'm sure that 95% that she's going to DIE".. Hanya ade 5% saje untuk hidup... MasyaAllah... Selamatkan Azwa.. Petang tu, Dr. Lee sekali lagi brief ayah dan saya about that 95% tu as pagi tu ayah tak datang ke  hospital sebab nak solat Jumaat dulu. And for the second time, sy kene dengar sekali lagi pasal condition Azwa selepas berderai air mata sampai bengkak2 mata tengahari tu. Lupa nak mention waktu dengar briefing Dr. Lee pagi tadi, tetiba kawan2 ofis Azwa dari PTGS Naza datang. Jadi dia terdengar sekali. Ade sorang lagi, Rose tak silap name dia. Sekurang-kurangnya sy bukan sorang2 dengar berita tu.. 


Ada jugak berdebat dgn Dr. Lee pasal respon Azwa bile kami try panggil dia. Ada sedikit pergerakan kaki dan tangan, tapi for him tu just gerakan reflex dari otaknya. Untuk puaskan hati sy (sy yang bertanya pada Dr. Lee, walaupun nampak perubahan pada riak muka dia), dia try buka tiub and the result was Azwa boleh bernafas sendiri tanpa alat bantuan oksigen tapi dalam tempoh yang singkat. Alhamdulillah, ada harapan... Doktor jalankan ujian dengan menjolok tekak untuk observe respon otaknya. Alhamdulillah, Azwa batuk and it showed that organ otak tidak mati. Masa tu, gembira sangat dengan perubahan2 Azwa walaupun kecik, even Azwa  batuk pun suka. Sampaikan bertembung dengan ex-office-mate, Rathika pun tau berita Azwa batuk tuu..    


Tracheostomy 


On 14 Disember 2011 Azwa telah menjalani pembedahan kecil bagi prosedur trachoestomy ie satu pintasan pada saluran pernafasan yang akan membolehkan Azwa bernafas sendiri tanpa melalui hidung, terus ke paru-paru melalui trakea. Dah lebih dua minggu Azwa bernafas menggunakan tiub terus ke paru-paru, takut paru-paru akan dapat infection klu tunggu lebih lama. Tapi Azwa masih lagi dibantu dengan bantuan Oksigen. More info pasal tracheostomy di http://www.tracheostomy.com/.  
  
Temporary tracheostomy pada pangkal leher Azwa

15 Disember 2010 : Kami diberi briefing oleh young Chinese doctor bagi menerangkan keadaan Azwa terkini. Azwa masih belum sedar lagi, walaupun rawatan dengan ubat tidur telah distopkan dan kesan ubat tidur telah sepatutnya hilang... Yang baagusnye doktor ni, ni kata "Saya bukan Tuhan, saya tak cakap boleh sembu dan saya tak cakap tak de harapan untuk sembuh, sekarang ni semuanya atas patient untuk dia bangun semula, so pray a lot"... "Klu keadaan dia stabil, boleh bernafas dengan bekalan oksigen di wad biasa, we'll transfer her to ward".. Terima kasih pada Pak Long yang sama-sama dengar brief tu.... 

16 Disember 2010 : Tengahari tu macam biasa melawat Azwa. Kali ni kawan dari ofis lame Audit Dalam SUK nak datang lawat Azwa naik keta sy. Hari baru lepas hujan, parking lak macam biasa penuh giler, dengan susah payahnye dapat gak selit-selit kat pokok (abis nanti jadi toilet bowl burung2 gagak liar ni). Naik Wad 5C, Pak Long terus cakap, doktor kata dah boleh transfer ke wad biasa petang ni. Wad 7B. Alhamdulillah, dah stabil sikit condition Azwa ni.. Sy kene tunggu sampai Azwa di transfer ke wad 7B... Sorry la kawan-kawan, Kak Wati, CC Salmah, Kama & Nazirah korang kene balik sendiri ke ofis (diorang balik dengan cab sampai bus stand Klang, lepas tu naik bas mini SERANAS sampai Kompleks PKNS, then amik cab ke SUK). Dalam pukul 3.30pm baru staff nurse panggil ke dalam ICU. Rupa nye nak ajar cara-cara suck kahak melalui tracheostomy. Dari cara pakai sterile gloves, cara pegang catheter, bila masa nak tutup lubang catheter sampai bungkus catheter dalam used gloves tu.. Menggigil tangan masa tu, yalah dalam 10 staff nurse tengok... Ade 3 orang staff nurse dari wad 7B yang datang 'jemput' Azwa masa tu, SN Soleha, SN Nasriah & SN Maya. Diorang tolak Azwa ke lif, sy diminta turun dengan lif lain.. Azwa di tempatkan dalam bilik isolasi (macam ICU untuk wad biasa). Tuan katil pun belum kemaskan barang peribadi dia, and the best thing was si suami patient tertinggal handphone dalam laci luckily SN Soleha simpankan hp tu dulu. Very nice lady kan... Seumur hidup ni, sy takkan dapat lupakan SN Soleha dan SN Nasriah.. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi kamu berdua... 





   

Thursday 10 November 2011

Entri Pertama

Alhamdulillah...


Akhirnya jadi tercapai juga hasrat nak buat blog ni. Selepas puas memerah otak nak karang first entry ni, kebetulan tarikh yang cantik 11.11.11 ni (klu nak tunggu tarikh 04.09.49 entah sempat ke tak) sgt sesuai untuk start bloging... Actually tak sure lagi bentuk2 next entry untuk blog ni, tapi yang pasti akan berkisar tentang my life as Life is a Journey kan.. Moga Allah akan sentiasa menganugerahkan kesihatan yang baik dan umur yang bermanfaat buat saya untuk meneruskan kehidupan harian di bawah lindunganNYA till then.... Salam


p/s : Happy Birthday to my lovely sister Nurul Najah or http://nurul-najah.blogspot.com/ , the one who encourage me to start blogging... I will follow u....